Datsun mi-Do - Kereta ringkas untuk kaki pancing di Rusia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kita boleh berbangga dengan pelbagai jenama dan model yang dipasarkan di dalam negara. Jika tidak dipasarkan oleh pengeluar secara rasmi, beli sahaja daripada syarikat pengimport bebas.

Oleh itu pelbagai model hebat dan mahal ada di negara kita, Bentley Bentayga, Honda Civic Type R Euro, Dodge Challenger dan sebagainya.

Walaupun boleh berbangga dengan seleksi model-model tersebut ada satu jenama yang kita hanya mampu lihat.

Agak berbekas juga kerana pada suatu masa dahulu kerana model-model keluarannya banyak menjalar di atas jalan raya kita.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Datsun mi-Do

 

Jenama yang dimaksudkan ialah Datsun.

Datsun diberi nafas baharu pada tahun 2013 di mana jenama yang berada di bawah Nissan ini dipasarkan ke negara-negara terpilih seperti Indonesia, Afrika Selatan, Rusia dan pasaran lain.

Jika Renault ada Dacia sebagai kereta bajet, Nissan pula ada Datsun.

Barisan model Datsun pelbagai dan kesemuanya bersaiz kompak dan sederhana seperti hatchback, sedan, MPV dan SUV.

 

Datsun mi-Do

 

Di antara kereta hatchback yang dipasarkan ialah Datsun mi-DO. Kereta ini asalnya ialah sebuah Lada Kalina yang telah dijenamakan semula pada tahun 2014 di Rusia.

Dengan nama yang comel ala animasi Jepun, mi-Do adalah sebuah kereta yang ringkas bernadikan enjin 1.6 liter serta transmisi manual dan automatik empat kelajuan.

Kuasa pula tidak sederhana sahaja iaitu 87 hp dan 140 Nm dan sesuai untuk dibuat kereta harian atau belasahan.

Model sebegini seronok juga, tidak perlu risau memandangkan ianya adalah kereta harian. Untuk menambah lagi perisa keseronokan itu, Datsun telah memperkenalkan kit ubahsuai mi-Do di Rusia.

 

Datsun mi-Do

 

Apa yang Datsun buat ialah fokuskan kepada pelanggan yang gemarkan aktiviti luar terutama sekali memancing.

Kiranya kereta khusus untuk memancing.

Projek ini walaupun nampak menarik dengan rekaan luaran ala tentera tetapi hanya untuk kajian dan respon sahaja. 

Ia bermula pada Januari tahun ini melalui satu tinjauan Datsun di media sosial di mana 58 peratus peserta menyatakan pengembaraan berkereta sebagai hobi dan 27.2 peratus meminati memancing.

 

Datsun mi-Do

 

Peserta turut ditanya tentang kelengkapan yang mereka rasa perlu untuk perjalanan jauh dan aktiviti luar.

Melalui input tersebut, Datsun telah 'mengerjakan' mi-Do ini dengan beberapa penambahan kelengkapan.

Paling jelas ialah corak penyamaran ala tentera dalam hutan, ada peti penyejuk, laci untuk simpanan alat memancing dan barang-barang serta kotak di atas bumbung.

Memang menarik dan rasanya untuk mengembara satu dunia pun boleh sebab nampak lasak dan berkebolehan. 

Dalam masa kereta hari ini semakin canggih dengan teknologi yang komplikated, kereta seringkas ini masih lagi berupaya untuk menambat hati ramai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Datsun mi-Do

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu…
Berita Global
Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas…