Ini menjadikan India sebagai satu-satunya negara di rantau ini yang masih memproduksikan model kenderaan bajet untuk pasaran domestik dan eksport.
Difahamkan, Nissan juga turut mengumumkan produksi kenderaan Datsun di Pakistan dalam masa terdekat.
Menurut sumber, perancangan untuk menghentikan operasi Datsun dari Indonesia dan Russia timbul setelah pengambilalihan tampuk kuasa oleh Makoto Uchida daripada Hiroto Saikawa selaku CEO Nissan bermula 30 November 2019.
Jenama Datsun dihidupkan semula pada Julai 2013 sebagai sebahagian daripada usaha Nissan untuk menembusi pasaran dunia ketiga, namun ia dilihat menimbulkan masalah kepada Nissan itu sendiri.
Seperti contoh di Indonesia, walaupun pasaran kenderaan bajet rendah sememangnya meriah, ia langsung tidak menyebelahi jenama tersebut dengan perkongsian pasaran serendah satu peratus.
Datsun sebelum ini pernah dikritik teruk kerana menghasilkan kenderaan yang tidak selamat, apatah lagi ia hadir daripada sebuah syarikat yang besar (Nissan).