Datsun Cross (RM48k di Indonesia) - tidak cukup syarat untuk ke Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|

Pasaran Indonesia adalah negara pertama yang menerima produk terbaharu dari jenama mampu milik Nissan, Datsun.

Datsun Cross ialah sebuah SUV dengan tujuh tempat duduk, dibina berdasarkan Datsun Go+, sebuah MPV tujuh tempat duduk (sama konsep seperti Toyota Avanza dan Rush, atau Honda Mobilio dan BR-V).

Cross menggunakan enjin 3-silinder 1.2L HR12DE petrol dengan 67 hp dan 104 Nm. Transmisi ialah 5-kelajuan manual atau automatik X-Tronic CVT.

 

Bentuk SUV itu memberikan kelegaan sebanyak 200 mm dari muka bumi, menjadikan Cross tampak gagah walaupun sebenarnya ia hanya sebuah kenderaan pacuan roda hadapan (FWD).

Pelbagai ciri modern diberikan kepada Cross agar ia nampak premium. Antaranya ialah kemasan-kemasan plastik pada bamper depan belakang serta panel sisi yang kelihatan seperti "pelindung" bila meredah hutan Amazon. 

 

Realitinya, SUV ini lebih kepada crossover dan hutan yang akan diredah tidak akan lebih tebal dari rumput di tepi jalanraya sahaja.

Dari segi keselamatan, Datsun meletakkan dua beg udara, brek ABS, EBD dan juga ESP atau Elecrtronic Stability Programme.

Menarik memandangkan harga Cross di Indonesia bermula dari serendah RM48,000.

 

Cuma satu sahaja, Cross ini tidak mungkin akan ke Malaysia kerana menurut seorang rakan yang pernah memegang jawatan tinggi di Nissan Malaysia, jenama Datsun direka oleh Nissan untuk menembusi pasaran-pasaran dunia ketiga oleh syarikat itu.

Pasaran ini tidak mempunyai dasar homologasi yang ketat oleh kerajaannya dan ini membolehkan syarikat kenderaan menggunakan bahan yang lebih "mampu-milik" untuk pembuatan kerangkanya.

 

Homologasi di negara-negara tersebut juga tidak memerlukan secara khusus akan tanda kualiti piawaian Eropah seperti E-marking yang digunapakai oleh pasaran negara-negara maju.

Dan oleh kerana Malaysia menggunakan homologasi antarabangsa UN ECE yang setaraf dengan negara Eropah, Jepun dan Australia di mana keselamatan menjadi ciri utama, tidak mungkin kenderaan seperti Datsun Cross akan dibawa masuk ke Malaysia.

 

"Kos untuk menjadikan ia lulus piawaian keselamatan komponen UN ECE sahaja akan menjadikan harganya lebih dari apa yang dijual di negara-negara seperti Indonesia dan India," ujar beliau.

Dan kerana itu kami berharap agar ujian perlanggaran Asean NCAP dapat digunakan untuk mengetahui kenderaan mana yang tidak mempunyai kadar keselamatan setinggi kenderaan zaman modern sekarang.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jenama yang dimaksudkan ialah Datsun. Datsun diberi nafas baharu pada tahun 2013 di mana jenama…
Berita Global
Pasti anda ingat jenama Datsun bukan?  Nama Datsun digunakan sebelum ia digantikan dengan nama…