Datsun bakal berkubur sekali lagi?

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Datsun suatu ketika dahulu pernah menjadi satu jenama eksport kepada Nissan, sebelum hayatnya ditamatkan oleh Nissan itu sendiri pada tahun 1986.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya pada tahun 2012, Nissan menghidupkan kembali jenama Datsun di mana ia akan berperanan sebagai sebuah jenama kenderaan kos rendah untuk pasaran seperti Indonesia, Afrika Selatan, India dan Russia. 

Jenama itu secara rasmi 'hidup' pada tahun 2013 dengan pelancaran Datsun Go di New Delhi, India dan diikuti oleh model-model lain seperti Go+, on-Do, mi-Do, redi-Go dan juga Datsun Cross. 

Namun, melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, Nissan mungkin sekali lagi akan menguburkan jenama Datsun mengikut perancangan pemulihan syarikat. 

Ini juga termasuklah menghentikan produk yang tidak menguntungkan serta menutup sesetengah kilang pemasangan yang tidak digunakan sepenuhnya. 
 

Datsun cannot Go

Menurut satu sumber yang rapat dengan isu ini, tindakan Nissan memperkenalkan Datsun seolah menggali kubur sendiri kerana memasukkan dua jenama arus perdana di dalam satu pasaran yang sangat kecil pegangan mereka. 

Selain daripada itu, Nissan juga mungkin akan menghentikan penawaran varian Titan (trak pikap saiz penuh) yang tidak menguntungkan seperti kabin tunggal dan model diesel. 

Antara langkah lain yang akan diambil termasuklah menghentikan amalan penjualan model kepada syarikat sewa kenderaan dan operator fleet pada harga diskaun yang tinggi!

Ujar sumber itu lagi, salah satu daripada kesan peninggalan Charlos Ghosn ketika di Nissan adalah memastikan objektif penjualan dicapai tidak kira apa jua cara, termasuklah cara yang disebutkan pada perenggan sebelum ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu…
Berita Global
Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas…