Dasar Pengangkutan Negara: Insentif untuk kereta elektrik bakal diumumkan?

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan dikatakan sudah bersedia untuk mengumumkan insentif bagi menggalakkan lagi penggunaan kereta hibrid dan elektrik, menurut GreenTech Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Huzaimi Noh Omar, pengarah unit mobiliti rendah karbin GreenTech memberitahu FMT berkata, ini memerlukan semakan semula kepada Dasar Automotif Negara (NAP) dan Dasar Pengangkutan Negara (NTP) yang bakal diumumkan esok.

Menurut laporan berita yang memetik Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar yang berkata, antara objektif NTP adalah untuk melihat Malaysia sebuah sebuah negara maju ke arah ekosistem pengangkutan hijau. 

Huzaimi berharap, insentif yang bakal diperkenalkan ini mampu menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kereta elektrik, walaupun mengakui kos adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi. 

Sebagai contoh, antara kereta elektrik baharu yang murah di pasaran adalah Nissan LEAF pada harga RM188,888. 

Dengan pengenalan insentif ini, Huzaimi berharap lebih banyak pengeluar membawa masuk model untuk pasaran Malaysia, dan ini mampu mendorong kepada penurunan kos penjualan kereta elektrik. 

Antara cabaran lain adalah perbelanjaan bagi menggunakan fasiliti pengecasan GreenTech, di mana pengguna perlu membayar sebanyak RM240 setahun dan masih perlu membayar setiap kali mereka mengecas kenderaan. 

Huzaimi turut mencadangkan kemungkinan untuk memperkenalkan ciri pembayaran setiap kali penggunaan (pay-per-use) di mana ia merupakan satu amalan kelaziman di beberapa buah negara. 

Selain daripada itu, Huzaimi turut mencadangkan penggunaan generator berkuasa solar atau angin di kawasan yang terpencil dan sukar untuk mendapatkan slot pengecasan kereta elektrik.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Informasi
NAP2006 (2006-2009) Integrasi Rantaian Pembekal  Diperkenalkan khusus untuk membabitkan industri…
Informasi
  Miti berkata NxGV diklasifikasikan sebagai kenderaan yang memenuhi definisi Kenderaan Berkuasa…
Berita Domestik
Menurut Datuk Aishah, ia akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir…