Dasar Automotif Negara jadikan BMW Malaysia juara jualan iPerformance

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW Group Malaysia telah mencatat rekod jualan terbaik untuk separuh tahun 2017 selepas ia menjual lebih dari 2,300 unit kenderaan iPerformance.

BMW iPerformance adalah kenderaan-kenderaan BMW dengan teknologi eDrive. Ia termasuk:

  • BMW 330e
  • BMW X5 xDrive 40e
  • BMW 740Le

Jika dikira dari segi nisbah jualan model BMW X5 xDrive 40e, BMW Malaysia mencatat nisbah jualan varian iPerformance untuk X5 yang tertinggi di dunia.

Kenderaan X5 iPerformance merangkumi 44 peratus dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan BMW Malaysia untuk separuh tahun 2017. Peratusan purata jualan X5 iPerformance ialah pada tiga peratus dan di negara-negara Nordic, puratanya meningkat kepada 14 peratus.

Sementara itu, lebih dari 60 peratus jualan BMW 3-Series ialah dari varian BMW 330e. Bagi model BMW 7-Series pula, lebih dari 40 peratus yang terjual ialah dari varian 740Le.

 

330e launch


Punca kenderaan iPerformance menjadi lebih popular dari model petrol/diesel di Malaysia ialah Dasar Automotif Negara yang memberikan pengurangan cukai untuk kenderaan-kenderaan EEV yang dipasang di dalam negara.

Dahulunya, semua kenderaan hibrid atau elektrik (EV) diberikan pelepasan cukai jika dijual di dalam negara.

Namun dari sumber-sumber yang rapat, kebanyakan syarikat kenderaan itu tidak memberikan kesemua penjimatan kos itu kepada pelanggan. Malah ada yang dijual jauh lebih mahal dari model yang sama di Jepun walapun cukai sudah dikecualikan.

Kerana itu, perubahan Dasar Automotif Negara dirombak dan hanya kenderaan berstatus EEV (termasuk hibrid dan EV) yang dipasang di dalam negara diberikan pengurangan cukai berdasarkan antaranya, jumlah komponen tempatan yang digunakan, jumlah kenderaan yang dihasilkan di dalam negara dan juga perancangan untuk eksport.

Ini ialah supaya negara turut mendapat pendapatan secara tidak langsung dari penggunaan komponen tempatan, penambahan peluang pekerjaan dan juga mewujudkan perniagaan-perniagaan bernilai tinggi dan berteknologi maju ke dalam negara.

 

740 Le launch


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…