Dasar Automotif Negara ditunda ke suku kedua 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dilaporkan berkata pengumuman Dasar Automotif Negara 2019 (NAP 2019) akan cuma lengkap dalam suku kedua tahun ini.

Laporan-laporan sebelum ini mengatakan bahawa pengumuman NAP 2019 akan dilakukan pada suku pertama 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut The Edge, kementerian sedang mengumpulkan  fakta-fakta dan saranan-saranan dari pelbagai pihak untuk menerima pendapat mereka berkaitan dengan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP).

"Bila kita bercerita tentang NNCP, kita bercerita tentang teknologi-teknologi baharu seperti Kenderaan Generasi Hadapan (NxGV) yang lengkap dengan status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Artificial Intelligence dan Mobility-as-a-Service," terang beliau.

NAP juga katanya akan meangkumi teknologi kereta terbang di mana akan wujudnya permintaan untuk teknologi tersebut di masa akan datang.

 

 

"Ini membantu kerajaan di mana jika ada yang datang untuk membawa prototaip atau konsep, kita mempunyai standard dan panduan bagaimana kereta terbang itu perlu diuji dan cara operasinya," tambah Timbalan Menteri tersebut.

"Buat masa sekarang, tidak ada lagi dana yang disalurkan oleh kerajaan untuk projek kereta terbang," tegas beliau.

Kerajaan telah menghabiskan RM8 juta dari RM20 juta yang diberikan untuk projek NNCP. 

Dana tersebut disalurkan kepada Organisasi Perkongsian Pintar Pihak Kerajan dan Swasta (MIGHT) yang dilantik menjadi agensi yang bertanggung-jawab untuk menghasilkan prototaip-prototaip tersebut.

 

 

Dalam bulan Oktober tahun lalu, MIGHT yang diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk projek NNCP itu telah mengumumkan bahawa prototaip pertama Kereta Nasional Ketiga Malaysia akan dipamerkan kepada orang ramai pada awal tahun 2019.

Usaha ini disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diwakili oleh menterinya sendiri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Menurut Redzuan, Kereta Nasional Ketiga akan mula dijual kepada rakyat dalam tahun 2020, kurang setahun dari sekarang.

Bila ditanya samada masa itu mencukupi atau tidak, jawapan Pak Wan ialah, "Jika kita berfikir seperti syarikat kenderaan biasa, memang tidak akan mencukupi. Tetapi jika kita berfikiran dengan daya teknologi tinggi, kita memang mampu."

Kami tunggu perkembangan berkaitan isu ini. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata perancangan itu bergantung…
Hezeri Samsuri
Jamie yang sudah dua tahun bertugas di Thailand sebenarnya pernah bekerja dengan syarikat-syarikat…
Informasi
NAP2006 (2006-2009) Integrasi Rantaian Pembekal  Diperkenalkan khusus untuk membabitkan industri…