Dasar Automotif Nasional (NAP) diumumkan 21 Feb ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 akan dilancarkan pada 21 Februari ini oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, walaupun ramai yang mengatakan polisi ini terlewat, namun ia meliputi penyelesaian duti eksais yang menjadi isu sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Darell juga menegaskan bahawa walaupun Kementerian Kewangan (MOF) yang membuat keputusan muktamad berkaitan isu duti eksais dan insentif, MITI tetap akan memberikan inpu berdasarkan mesyuarat dengan pihak industri.

Terdahulu, isu cara cukai dan insentif automotif dikira akan ditukar dari sistem harga doket kepada Harga Pasaran Terbuka (OMV) kenderaan dan ia dijangka akan menyebabkan harga kenderaan meningkat.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata peningkatan itu akan hanya merugikan pendapatan negara kerana penjualan yang menurun akan mengurangkan kadar pungutan cukai.

* Sumber berita dari Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
  Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof semalam berkata beliau mahu…
Berita Domestik
  Darell berkata semua cadangan yang dihantar akan dikaji oleh pelbagai agensi di bawah MITI,…