Darth Vader, ini Type R anda. Prototaip Honda Civic Type R BTCC!

oleh HEZERI SAMSURI|

Honda UK telah menghasilkan model Civic Type R untuk perlumbaan British Touring Car Championship (BTCC) terbaharu dan sedang menguji ketangkasan jentera hitam ini di litar Parcmotor Castelloli di Sepanyol dan dipandu oleh Matt Neal dan Dan Cammish.

 

 

Tahun lalu, Honda menduduki tempat ketiga di belakang BMW dan Subaru dalam perlumbaan BTCC sementara di dalam World Touring Car Championship atau WTCC, ia duduk di tangga kedua selepas Volvo Polestar.

 

 

Untuk tahun 2018, undang-undang kenderaan BTCC masih kekal sama:

  • Enjin 2.0L direct injection turbo
  • Kotak gear 6-kelajuan sequential
  • Brek AP Racing
  • Sistem elektronik dari Cosworth

 

 

Untuk musim 2018, empat pasukan bakal berentap di dalam BTCC - BMW, Subaru, Vauxhall (Opel) dan ya, Honda.

Dari segi rupa paras, Type R ini sudah menang. Lihat sahaja lebar belakang Civic ini!!!

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota masih kekal dengan kedudukan sebagai jenama automotif nombor satu di dunia apabila…
Berita Domestik
Namun begitu, cubaan mereka gagal bila pemilik kandang memeriksa kamera CCTV bila terdengar salakan…
Berita Global
Setelah itu pelanggan boleh membuat pesanan pada hujung tahun ini dengan penghantaran bermula Mac…