DARPA perkenal sistem tayar dua fungsi - Reconfigurable Wheel-Track

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan kenderaan militari ataupun tentera darat dilengkapi dengan tayar jenis all-terrain ataupun tayar berunut (tracks), namun program Ground X-Vehicle Technologies (GXV-T) daripada DARPA (Defense Advanced Research Projects Agency) tampil berbeza daripada kebiasaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diberikan nama sebagai "Reconfigurable Wheel-Track", tayar yang mampu mengubah fizikal itu dilengkapkan dengan peralatan khas yang membolehkan kenderaan bergerak pantas pada jalan biasa dan mampu mengharungi off-road dengan mudah. 
 

Direka oleh pasukan pengkaji daripada Caenegie Mellon University's National Robotics Engineering Center, tayar berunut tersebut mampu mengubah fizikal daripada tayar bulat kepada runut berbentuk segitiga di dalam masa dua saat tanpa memerlukan kenderaan berhenti. 

Para penganalisis bidang ketenteraan mendapati sistem ini mampu memberikan kenderaan tentera darat kebolehupayaan yang lebih baik untuk mengubah pergerakan taktikal tanpa terjejas oleh bentuk muka bumi. 

Sistem Reconfigurable Wheel-Track ini merupakan salah satu teknologi yang diperkenalkan oleh DARPA menerusi program GXV-T bertujuan untuk menambah baik kebolehupayaan di dalam medan perang tanpa memerlukan sistem perisai yang berlebihan. 

 


Selain daripada itu, terdapat juga sistem "Multi-mode Extreme Travel Suspension" dengan sistem suspensi boleh laras yang menjadikan kereta tentera kekal stabil walaupun melalui kawasan yang berliku dan tidak rata. 

Sistem suspensi ini direka dengan jarak 'perjalanan' spring yang amat panjang untuk disesuaikan dengan keadaan permukaan yang pelbagai bagi membolehkan kenderaan tentera bergerak secara mendatar tanpa mengira apa jua permukaan bumi ketika menjalankan misi ketenteraan.