#DapurCareta: Bikin biskut sendiri di rumah bertemakan kereta sports klasik Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Sudah dua minggu perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di Malaysia, dan boleh dikatakan ramai di antara kita mula berkongsi tips-tips untuk mengisi masa terluang sepanjang tempoh ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi mereka yang minat menghasilkan biskut di rumah, mungkin anda boleh mencuba sesuatu yang baharu iaitu mengajar anak-anak anda membakar biskut bertemakan kereta klasik Jepun.

 


Anda boleh memilih tema kegemaran yang tersendiri untuk biskut kustom ini, seperti Mazda RX-7 FB, RX-7 FC, Toyota Land Cruiser FJ60, Mitsubishi Starion dan macam-macam lagi bentuk yang boleh dipilih.

 


Yang mana berminat untuk mendapatkan barangan ini boleh terus menghubungi laman web Car Cookie Cutters, atau yang mana ada mesin pencetak tiga dimensi boleh menghasilkan sendiri acuan biskut bertemakan kereta.

Selamat membakar!

 

Sumber: Car Cookies Cutters melalui Japanese Nostalgic Car