Dapur terbina pada trak pikap elektrik Rivian - bukan satu opsyen yang murah

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu lagi trak pikap elektrik ialah Rivian R1T dan ia  menampilkan rekabentuk yang mampu menarik minat kebanyakan pembeli sebenar.

Ia bakal dilancarkan Jun 2021 ini dan harganya bermula dari US$75,000. Ia datang dengan pelbagai aksesori opsyenal, contohnya bateri dengan jarak 640 km akan memerlukan tambahan US$10,000 (dan hanya tiba pada Januari 2022).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur keluar dari bahagian tengah trak pikap tersebut.

Dapur itu lengkap dengan dapur elektrik, sinki, tangki air 5 gelen, cerek elektrik dan tempat untuk simpanan bahan memasak serta kelengkapan memasak.

Jika anda mahukan dapur itu, anda perlu menambah US$5,000 kepada harga trak tersebut.

Berbaloi atau tidak? Tepuk dada tanya selera, jika mampu apa salahnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…
Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Sebelum ini, Amazon diberitakan telah menempah kira-kira 100,000 unit van elektrik dari Rivian, dan…