Dapatkan VW Passat 1.8 Trendline Cyber menerusi Volkswagen Marketplace pada harga RM135,888!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan “Volkswagen Marketplace”, satu e-platform di mana pelanggan boleh menempah sebuah kenderaan Volkswagen dan menikmati tawaran eksklusif di atas talian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menjadi platform pertama seumpamanya di Malaysia, Volkswagen Marketplace dilancarkan dengan tawaran eksklusif 20 unit Passat 1.8TSI Trendline Cyber di atas talian sahaja. 


Unit-unit ini ditawarkan pada harga menarik iaitu RM135,888 dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, insurans percuma selama setahun, dan   menikmati kadar faedah rendah 0.88% setahun untuk Passat 1.8TSI Trendline Cyber.

Passat 1.8TSI Trendline Cyber dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.8L TSI yang dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan menghasilkan output 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250rpm hingga 5,000rpm. Empat warna ditawarkan untuk Passat – putih (Pure White), hitam (Deep Black), kelabu (Indium Grey) dan perak (Reflex Silver).  

Untuk menempah, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah dengan memilih model, pengedar yang dikehendaki dan hantar butiran peribadi mereka. Tempahan perlu dibuat menerusi bayaran kad kredit sebanyak RM1,500 (yuran tempahan), jumlah ini kemudian akan ditolak daripada harga keseluruhan kereta yang telah dipilih. 
 


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa idea untuk menghasilkan e-platform seperti Volkswagen Marketplace sudah ada dalam perancangan. Kejayaan kerjasama VPCM dengan Lazada nyata mempercepatkan idea ini.   

“Perkembangan e-dagang telah mengubah cara orang membeli-belah. Kejayaan menjual 12 unit Beetle dalam masa hanya 20 minit di Lazada mengukuhkan kepercayaan kami bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk membeli kereta secara dalam talian. Ini adalah satu pembangunan yang penting buat jenama Volkswagen dan kami sangat teruja untuk membawa Volkswagen Marketplace ke Malaysia.”

“Volkswagen Marketplace merupakan satu platform yang tetap. Kami akan sentiasa mengemas kini dengan tawaran-tawaran baru. Jadi, pelanggan yang berminat patut sentiasa melihatnya,” katanya lagi.
 


Berikut adalah lima langkah mudah untuk diikuti sebaik sahaja pelanggan log masuk ke dalam Marketplace.

Langkah 1: Pilih model Volkswagen. 
Langkah 2: Pilih pengedar yang dikehendaki. 
Langkah 3: Masukkan perincian pelanggan untuk meneruskan tempahan.  
Langkah 4: Tamatkan tempahan dengan membayar yuran sebanyak RM1,500 (kad kredit sahaja)
Langkah 5: Pengedar yang dipilih akan memberi panduan dan bantuan kepada pelanggan sepanjang proses pembelian, pendaftaran kenderaan sehinggalah kereta dihantar kepada mereka. 

Semua model Volkswagen kini hadir dengan jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…