Dapatkan pemeriksaan percuma di 26 stesen minyak Petron sebelum pulang ke kampung

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petron Malaysia mengadakan kerjasama dengan Honda Malaysia, Michelin Malaysia dan Bosch Automotive Aftermarket mengadakan kempen pemeriksaan kereta secara percuma di stesen minyak Petron yang terpilih. 

Menurut Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani berkata, "Pemeriksaan keselamatan kenderaan yang mudah dapat membantu mencegah insiden dan menyelamatkan nyawa, dan kami ingin membantu memastikan kenderaan selamat untuk perjalanan jarak jauh."

 


Kempen Program Keselamatan Jalan Raya Petron yang kini memasuki tahun ketujuh tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan kongsi utamanya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. 

"Kami berharap untuk bekerjasama dengan rakan kongsi utama kami iaitu Honda, Michelin dan Bosch untuk terus memberikan perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma kepada pelanggan kami," tambah beliau.
 


Sempena musim perayaan yang bakal hadir tidak lama lagi, Bosch Automotive Aftermarket akan menyediakan pemeriksaan kereta secara terperinci termasuklah keadaan bateri dan pengelap cermin kereta selama lima minit di lima stesen Petron di Lembah Klang dari 18-19 Mei dan 25-26 Mei. 

Honda Malaysia pula menawarkan perkhidmatan pemeriksaan 32 mata, manakala bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat pemeriksaan daripada pakar tayar boleh merujuk kepada Michelin. 

Tahun lalu, Petron telah berjaya mengadakan pemeriksaan keselamatan kereta untuk lebih 3,800 unit di 20 stesen minyaknya. 
 


Berikut merupakan senarai stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan yang dibuat oleh Petron Malaysia bersempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

A. Pemeriksaan keselamatan tayar (Michelin)

Kuala Lumpur & Selangor
Petron Sri Kembangan Raya: 3 Mei, 11am – 8pm
Petron Puchong 1: 6 Mei, 11am – 8pm
Petron Bandar Baru Klang: 7 Mei, 11am – 8pm
Petron Bandar Menjalara: 8 Mei, 11am – 8pm

Johor & Melaka
Petron New Skudai: 12 Mei, 11am – 8pm
Petron Taman Jaya: 13 Mei, 11am – 8pm
Petron New Skudai: 14 Mei, 11am – 8pm
Petron Taman Jaya: 15 Mei, 11am – 8pm
Petron Cheng: 19 Mei, 11am – 8pm

Penang & Perak
Petron Jln Kelawai: 23 Mei, 11am – 8pm
Petron Perai SS: 24 Mei, 11am – 8pm
Petron Permatang Batu: 26 Mei, 11am – 8pm
Petron Ayer Itam: 27 Mei, 11am – 8pm
Petron Jalan Tengah: 28 Mei, 11am – 8pm
Petron Jalan Kidd: 29 Mei, 11am – 8pm

B. Pemeriksaan keselamatan 25 mata (Bosch)

1. Petron Sg Besi Toll Southbound: 18th Mei, 10am – 5pm 
2. Petron MRR2 Safari: 19th Mei, 10am – 5pm 
3. Petron Kesas Eastbound: 25th Mei, 10am – 5pm
4. Petron MRR2 Selayang: 26th Mei, 10am – 5pm 

C.Pemeriksaan keselamatan 32 mata (Honda)

1. Date : 23-25 Mei 2019, 8am – 6pm 
Petron Jln Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani, Kedah
Petron Satellite Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan 

2.  Date : 24-26 Mei 2018, 8am – 6pm
Petron Subang Indah, PJ, Selangor
Petron New Skudai, JB, Johor
Petron Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak
Petron Ulam North, KK, Sabah