Dapatkan pemeriksaan 27 mata secara percuma di pusat servis Ford sempena musim perayaan

oleh Mohamad Hanif|
Dengan misi memberikan ketenangan minda dan perjalanan yang selamat kepada para pelanggan Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan promosi servis di seluruh negara sempena meraikan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Promosi servis ini turut melibatkan pemeriksaan 27 mata yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah.


Tidak terhenti setakat itu, Ford juga menawarkan diskaun sehingga 20% ke atas minyak enjin dan alat ganti OEM terpilih. 

Bagi pelanggan yang mengambil pakej penukaran minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan, mereka akan diberikan diskaun tambahan sebanyak 10%.
 


Sebagai tanda penghargaan, pelanggan yang berkunjung ke pengedar sah Ford akan menerima sampul raya percuma sementara stok masih ada. 

Manakala pelanggan yang berbelanja lebih RM350 di dalam satu resit akan menerima cenderahati percuma dari pengedar sah Ford.

Para pelanggan boleh membuat temu janji menerusi laman web rasmi SDAC-Ford di alamat www.sdacford.com.my

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini sekaligus diikuti dengan pelancaran varian Ranger XL, XLT, versi Wildtrak serta…
Berita Domestik
Stor Pop-Up Ford itu direka bagi menawarkan pengguna dengan satu peluang unik untuk merasai…
Berita Domestik
Menerusi promosi yang menarik ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM113,000 yang sah…