Dapatkan pemeriksaan 20 mata kereta Proton anda sebelum pulang ke kampung halaman

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Proton mengambil inisiatif untuk memberikan pemeriksan 20 mata secara percuma kepada semua pemilik kenderaan Proton di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Para pemilik kenderaan Proton hanya perlu berkunjung ke pusat servis Proton yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan 20 mata terutamanya di bahagian enjin, pemeriksaan keadaan brek, bateri, tekanan tayar serta peralatan pemanduan yang lain. 

Bagi setiap kenderaan yang dihantar untuk diservis menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan SE 800, Proton akan memberikan hadiah percuma berupa set payung eksklusif atau set pemutar skru Rolson sementara stok masih ada sehingga 15 Jun 2018. 

Bermula hari ini sehingga esok, Proton juga menyedian beberapa lokasi di Stesen Petronas terpilih bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan 20 mata secara percuma bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang seperti di bawah

  • Petronas Jertih,
    Lot 134 Mukim Pelagat, 
    Kawasan Seberang Jerteh, Terengganu
  • Petronas @ RZ Maju Teguh Ent.
    Lot PT33762 HS (D) 3390/95 
    Bandar Laguna Merbuk
    08000 Sungai Petani, Kedah
  • Petronas @ Eidaman Berkat
    Lot PTD 53091 HS (D) 44103 & 53092 HS (D) 44109
    Bandar Baru Air Hitam
    86000 Kluang, Johor

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…