"Dannok" cadang buka sempadan untuk pelancong Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan wilayah Songkhla, Thailand bercadang untuk membuka sempadannya di Malaysia untuk menjana kembali ekonomi kawasan Sadao.

Sektor ekonomi Sadao terjejas teruk ooleh Covid-19 kerana ekonomi kawasan itu bergantung kepada pelancong-pelancong, dan 90 peratus darinya ialah pelancong Malaysia.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Skim "Dannok Sandbox" itu dirancangkan selepas melihat kadar vaksinasi Malaysia yang bakal mencecah 70 peratus dari jumlah penduduk keseluruhan menjelang Oktober ini.

Pembukaan sempadan Sadao juga selari dengan hasrat Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha yang mahu membuka Thailand menjelang Oktober.

Rancangan itu dipanggil "Dannok Sandbox" kerana pelancong Malaysia memanggil kawasan Sadao sebagai Dannok dan sebelum ia dimulakan, 30,000 penduduk Sadao perlu menerima vaksin lengkap dan agensi kerajaan perlu menyiapkan kajian-kajian mereka.

Tidak ada maklumat bila program ini akan dimulakan tetapi jika semuanya berjalan lancar, pintu sempadan itu akan dibuka pada sebelum hujung tahun ini. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka sempadan buat masa sekarang.

* Laporan dari Nation Thailand

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Global
Ini ialah reaksi Toyota terhadap perkembangan kenderaan elektrik (EV) dari  syarikat-syarikat…