Danish Hakim menang berganda di Coppa Italia Junior MiniGP!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba muda negara, Danish Hakim berjaya meraih kejuaraan berganda di acara perlumbaan Coppa Italia Junior MiniGP yang berlangsung di Pomposa, Itali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berlumba di dalam kategori OhVale 190GP-2 Junior, Danish Hakim yang berlumba di bawah pasukan SIC Racing Team turut berjaya memecahkan rekod masa pusingan sebanyak dua kali semasa pusingan masa QP1 dan QP2.
 

Danish


Pusingan terakhir yang berlangsung pada 4-5 September itu menyaksikan Danish Hakim berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan itu.

Sebagai info, kategori perlumbaan MiniGP membenarkan pelumba muda berumur 10 hingga 14 tahun untuk menunjukkan bakat perlumbaan yang terpendam, dengan menggunakan jentera lumba di bawah sesaran 200 cc.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
Dibuka untuk pelumba antara 10 hingga 14 tahun, Emil, bagaimanapun, gagal meneruskan kecemerlangan…
Sukan Bermotor
Dihasilkan untuk kegunaan di dalam litar, PETRONAS SRT Ohvale Special Series MiniGP ini dibangunkan…