Dan Kneen maut semasa latihan Isle of Man TT

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelumba jentera Tyco BMW untuk perlumbaan Isle of Man TT, Dan Kneen, 30, maut selepas mengalami kemalangan semasa sesi latihan semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemalangan yang berlaku di seksyen Churchdown pada pusingan pertama sesi latihan. Kneen mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

 

 

Kelmarin, Kneen mencatat masa peribadi terpantas di litar jalanan popular itu dengan kelajuan maksimum 213 kmsj. Menurut pengurus pasukan, Philip Neil, mereka terkejut semasa kejadian itu berlaku.

"Kneen ialah seorang yang popular, bekerja keras dan sangat sukakan perlumbaan ini," ujar beliau.

Kneen berasal dari Isle of Man dan merupakan juara Kejohanan Superbike Ireland tahun 2014. Beliau dijangka akan memenangi perlumbaan Isle of Man pertamanya tahun ini berdasarkan pencapaian baik beliau sejak sesi latihannya.