'Damper' Yamaha ini diguna pada LEXUS LC500 dan apa fungsinya?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha Performance Damper Lexus LC
Yamaha Performance Damper Lexus LC
Hubungan Yamaha dengan Toyota sudah berlangsung lama dan boleh dibuktikan melalui program pembangunan model ikonik dan klasik Toyota 2000GT.

Selain kerjasama kejuruteraan, Toyota juga mempunyai sedikit saham di dalam Yamaha Motor Company.

Hubungan kejuruteraan di antara dua konglomerat itu berlangsung sehingga sekarang dengan Yamaha membekalkan Yamaha Performance Damper untuk Lexus.

Dua model terbaru Lexus yang menggunakannya ialah LC500 Convertible dan Lexus LC500.

Bukan setakat dua tetapi sepuluh model Lexus menggunakan Yamaha Performance Damper seperti IS350/300, RC350/300, GS350 (2WD)/300, NX300h/300 F SPORT dan pelbagai lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha Performance Damper Lexus LC

 

Apa sebenarnya fungsi Yamaha Performance Damper? 

Yamaha Performance Damper adalah satu komponen peredaman atau serapan (damping) casis yang dipasang pada struktur utama kenderaan.

Komponen ini direka untuk mengawal dan menyerap herotan dan gegaran (minute distortions and vibration) bagi mempertingkatkan kestabilan dan keselesaan kenderaan.

Ciri-ciri Yamaha Performance Damper

Secara amnya, herotan kecil kurang dari 1 mm berlaku pada badan kenderaan apabila bergerak.

Badan kenderaan yang diperbuat dari besi (metal) mempunyai ciri elastik dan tidak mempunyai daya redaman atau serapan (damping force).

Oleh itu, tenaga herotan luar dikumpulkan dan dilepaskan dengan hampir tanpa perubahan. Kitaran herotan itu berlaku pada kadar biasa (natural).

Tugas Yamaha Performance Damper ialah memberikan elemen redaman kepada casis dan menyerap tenaga herotan yang berlaku dan melepaskannya sebagai haba (heat).

Secara ringkasnya, Yamaha Performance Damper menghalang herotan berlebihan pada casis.

Kebaikannya pula dalam bentuk kestabilan, pengendalian cemerlang dan keselesaan ketika pemanduan normal dan kelajuan tinggi pada masa casis terdedah kepada herotan tinggi.

 

Yamaha Performance Damper Lexus LC

 

Jutaan unit dikeluarkan

Yamaha Performance Damper sebenarnya telah lama digunakan pada kenderaan massa iaitu sejak April 2004 lagi.

Pembangunan konsep asasnya dimulakan pada tahun 2000 dan sehingga Januari 2020 sebanyak dua juta unit telah dikeluarkan!

Jadi sekarang kereta mana lagi yang menggunakan Yamaha Performance Damper ini? Menarik untuk diselidiki dan apa yang jelas, Lexus adalah pengguna tegar!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…