DAMD hasilkan kit badan Defender untuk Suzuki Every

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Careta pernah menyiarkan hasil kerja syarikat penala dari Jepun, DAMD dalam menukarkan sebuah Suzuki Jimny menjadi rupa sebuah Land Rover Defender mini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kini, penawaran kit badan little D yang sama boleh didapati oleh para pemilik van kecil Suzuki Every.

Kit ini boleh didapati secara rasmi seawal musim panas tahun 2022, namun bagi mereka yang kurang menggemari 'little D' ini boleh mendapatkan kit badan 'Nomad' yang dikhususkan untuk Suzuki Spacia Gear.

Little D

D


Ini merupakan model ketiga yang mendapat kit badan yang diinspirasikan daripada Land Rover Defender selepas Suzuki Jimny dan Daihatsu Taft.

Pakej yang ditawarkan ini merangkumi unit lampu berbentuk bulat, lampu bulat kecil tambahan, gril hadapan yang besar, bonet, serta fender kiri dan kanan.

Menurut DAMD, kit badan ini direka untuk mereka yang menggemari aktiviti luar seperti memancing, berkhemah, surfing dan sukan musim sejuk.

 

Nomad

D


DAMN turut menawarkan sebuah lagi kit badan 'Nomad' yang dikhususkan untuk para pemilik kei car Suzuki Spacia Gear.

Kit ini ternyata lebih ringkas, di mana ia merangkumi komponen seperti gril yang direka semula termasuk perumah lampu utama, serta aksen aluminium untuk bahagian bampar depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripada pakej yang ditawarkan, iaitu Little G Traditional telah diberikan nafas baharu…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…
Berita Global
DAMD salah satunya, menawarkan kit badan yang dinamakan sebagai Carabina yang membolehkan Suzuki…