Dalang pecah cermin 6 kereta di LRT Awan Besar ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memecahkan cermin enam kereta yang diparkir di tepi jalan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, pada 2 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singhm, berkata suspek berusia 42 tahun itu ditahan di Razak Mansion, Cheras, pada jam 7 malam tadi.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan keadaan beberapa kenderaan yang cerminnya dipecahkan dipercayai dilakukan individu yang bertujuan mencuri barangan berharga yang ada di dalam kenderaan.

Ravindar Singh berkata, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Pada 2 Julai 2024 bermula jam 9.20 pagi, pihak polis telah menerima enam laporan polis berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek turut terbabit dengan kes curi bungkusan pos dan kes pecah rumah di sekitar kawasan Cheras.

"Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 13 Julai ini bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita masih menunggu siasatan, saya tidak boleh komen dahulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan…
Informasi
Menurutnya, hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook berkenaan mendakwa terdapat sebuah…
Informasi
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuala…