"Sambutan luar biasa dalam tempoh 24 jam ini membuktikan tren kekal menjadi pilihan rakyat.
"Walaupun jumlah transaksi tidak berjaya sangat kecil, KTMB komited untuk terus menambah baik sistem dan memastikan pengalaman pembelian tiket lebih lancar dan boleh dipercayai," katanya dalam kenyataan KTMB.
Menurut kenyataan KTMB, sebanyak 79 transaksi dilaporkan tidak berjaya dan sedang diproses untuk pemulangan wang yang dijangka selesai dalam tempoh hingga 14 hari, mengikut prosedur bank masing-masing.
Pada masa sama, KTMB merakamkan penghargaan kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan atas komitmen menambah set tren baharu secara berfasa yang akan membantu meningkatkan kekerapan perjalanan, kapasiti dan keselesaan penumpang.
Pelanggan disaran merancang perjalanan lebih awal bagi musim cuti serta menyemak jadual terkini melalui aplikasi KTMB Mobile. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200.