Dalam 11 minit, pemandu Subaru BRZ ini kumpul saman laju bernilai RM32 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu Subaru BRZ 'telah berjaya memecahkan rekod' mengumpulkan sehingga 12 saman perangkap kelajuan dalam tempoh 11 minit pemanduan di New South Wales, Ausralia minggu ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada pihak polis tempatan, perbuatan lelaki tersebut dikesan bukan melalui kereta peronda, sebaliknya mereka menggunakan khidmat helikopter polis untuk mengesan pergerakan Subaru BRZ itu.

Difahamkan, dalam tempoh 11 minit pemanduan, lelaki itu beberapa kali melanggar had kelajuan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • lebihan kelajuan kurang 10 km/j - sekali
  • lebihan kelajuan melebihi 10 km/j - sekali
  • lebihan kelajuan melebihi 20 km/j - enam kali
  • lebihan kelajuan melebihi 30 km/j - dua kali
  • lebihan kelajuan melebihi 45 km/j - dua kali

Pihak polis berjaya mengumpulkan bukti menggunakan kamera suhu sebelum pegawai peronda lebuhraya menahan pemandu Subaru BRZ itu.

Difahamkan, kesemua saman itu berjumlah AU$10,252 (RM32,217) dan 50 mata demerit, dan lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memandu laju di tempat awam pada 27 Julai ini.