Daimler ubah nama jadi Mercedes-Benz, divisyen trak dan bas menjadi syarikat berasingan (Daimler Truck)

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Daimler yang kita ketahui memegang jenama automotif terkemuka seperti Mercedes-Benz, Mercedes-AMG, Freightliner, Western Star dan Fuso (sekadar menyebut beberapa jenama) bakal berpecah dua dan dinamakan sebagai Mercedes-Benz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakala divisyen trak dan bas pula akan menjadi sebuah identiti yang berasingan dan dinamakan sebagai Daimler Truck.

Langkah tersebut bakal memberikan lebih kebebasan kepada kedua-dua buah syarikat untuk beroperasi dengan lebih efisien pada masa akan datang.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu lalu, sebahagian besar daripada kepentingan di dalam perniagaan trak akan diagihkan kepada pemegang saham semasa, dan nama Daimler akan ditukarkan kepada Mercedes-Benz 'pada waktu yang sesuai'.

Menurut CEO Ola Kallenius menjelaskan, keputusan tersebut dibuat memandangkan perniagaan pembuatan kenderaan mewah serta trak dan bas mempunyai struktur yang sangat berbeza.

Tambah beliau, adalah menjadi lebih fleksibel apabila kedua-dua syarikat memfokuskan kepada teras perniagaan masing-masing, dan dalam masa yang sama mampu membuat keputusan dengan lebih pantas, selari dengan perubahan teknologi semasa.

Divisyen trak dan bas mempunyai lebih daripada 100,000 pekerja, dan memiliki kilang pemasangan yang terdapat di seluruh dunia, seperti di Cleveland (Ohio), Woerth dan Gaggenau (Jerman), Sao Bernardo do Campo (Brazil), dan Portland (Oregon).

Salah satu sebab pengasingan antara perniagaan automotif dan trak adalah untuk mengejar teknologi yang berbeza untuk mengurangkan emisi kenderaan, di mana perniagaan kenderaan mewah lebih tertumpu kepada model berkuasa bateri, manakala perniagaan trak pula memfokuskan kepada teknologi sel bahan api hidrogen.

Walaupun Daimler telah berpecah dua, namun kedua-dua syarikat tersebut tetap terbuka untuk bekerjasama dalam mengejar teknologi baharu.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Daimler Motorized Vehicle 1899 boleh dikatakan sebagai nenek moyang kepada Sprinter masa kini,…
Berita Global
Namun, baru-baru ini Geely dalam satu siaran media mengumumkan telah berjaya mencapai persetujuan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, NGO tersebut memberikan tempoh sehingga 20 September yang lalu…