Daimler tolak tawaran Geely beli 5% sahamnya bernilai lebih dari RM18 billion

oleh HEZERI SAMSURI|
Modenas

Geely nampaknya bersungguh-sungguh untuk membeli lima peratus pegangan saham Daimler AG, pembuat kenderaan jenama Mercedes-Benz.

Menurut laporan Reuters, Geely dikatakan cuba menawarkan pembelian saham tersebut melalui pembelian ekuiti syarikat Daimler.

Menurut sumber Reuters, lima peratus saham Daimler AG bernilai sebanyak US$4.5 billion atau RM18.40 billion mengikut pasaran semasa dan walaupun Daimler menolak pembelian ekuiti itu, ia memberitahu Geely bahawa syarikat China itu dipelawa untuk membeli saham tersebut di pasaran terbuka.

 

Syarikat kenderaan China kini sedang ligat membuat perjanjian-perjanjian serta usahasama-usahasama dengan pembuat kenderaan global kerana masing-masiong giat mempertingkatkan usaha pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan Plug-In Hybrid.

Ini ialah selepas Beijing mengumumkan kuota yang lebih ketat atas homologasi kenderaan baharu demi untuk merendahkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Reuters seterusnya berkata Geely memang sangat berminat dengan teknologi bateri kenderaan elektrik milik Daimler dan mahu melaksanakan satu usahama membina kenderaan EV di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei.

Geely juga dikatakan masih berharapan akan ada persetujuan dengan Daimler dalam masa beberapa minggu akan datang.

 

 

Daimler dan Geely dikatakan bermesyuarat di Beijing atas jemputan Geely yang menawarkan pembelian tiga hingga lima peratus dalam saham Daimler sekiranya syarikat kenderaan Jerman itu mengeluarkan saham-saham baharu dengan diskaun.

Tidak dapat dipastikan apakah jenis diskaun yang dibincangkan atau adakah Geely akan membeli saham tersebut di pasaran terbuka.

Jurucakap Daimler berkata pihaknya gembira dengan struktur pegangan saham syarikat Jerman itu tetapi masih mengalu-alukan pelabur baharu dengan minat jangka-masa panjang.

Saham syarikat Daimler naik satu peratus hari ini. 

Jurucakap Geely pula tidak mahu memberikan sebarang komen kepada Reuters.

 

 

Syarikat Geely yang bernilai sebanyak US$32 billion atau RM13 billion ialah jenama nombor satu untuk pasaran domestik China, dengan jualan sebanyak lima peratus dari pasaran kenderaan negara itu.

Pegangan saham sebanyak lima peratus akan menjadikan Geely sebagai pemegang saham ketiga terbesar untuk Daimler selepas Kuwait Investment Authority dan Black Rock yang masing-masing memegang 6.8 peratus dan 6.0 peratus.

Daimler sudahpun menjalinkan hubungan teknikal bersama BAIC Motor Corp dari China. Daimler berkata BAIC ialah rakan paling penting mereka di China.

 

 

Terdahulu, Daimler juga dalam bulan ini telah mengumumkan akan melabur sebanyak US$757 juta atau RM3 billion dalam pemasangan bateri elektrik dan kenderaan bersama BAIC di China.

Daimler juga mempunyai satu lagi hubungan teknikal bersama BYD, sebuah syarikat kenderaan China yang disokong oleh Warren Buffett.

Daimler pernah mengadakan satu perjumpaan bersama BAIC untuk membincangkan pelaburan dari syarikat China itu tetapi Daimler terus menerus berkata ia tidak berminat untuk mengeluarkan saham terbaharu demi menjaga kepentingan pemegang saham sekarang.

BAIC juga pernah melancarkan model EV mereka yang dikatakan akan menjadi model EV pertama akan dipasang di Malaysia pada tahun lalu semasa pameran Malaysia Auto Show oleh Malaysia Automotive Institute (MAI). 

Terus Careta teringat lagu Raja Ema, Angan-Angan. 

 

* Berita asal dari Reuters 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut berita daripada Reuters, Ketua Eksekutif An Chonghui memberitahu kesemua unit yang…
Berita Global
Volvo bercadang untuk membuka sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Sweden pada…
Berita Global
Menurut Ketua Eksekutif syarikat tersebut, Thomas Ingenlath, model itu dipilih untuk pasaran US…