Daimler rancang untuk kurangkan 20,000 tenaga pekerja

oleh Mohamad Hanif|
Langkah pengurangan kos operasi yang bakal dijalankan oleh Daimler bakal memberikan kesan kepada sekurang-kurangnya 20,000 pekerjaan pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber yang rapat dengan isu tersebut, Daimler bakal menentukan jumlah pemotongan pekerjaan berdasarkan beberapa faktor termasuklah kadar penerimaan pembelian sukarela serta usaha untuk menyerahkan sebilangan perkhidmatan IT kepada pihak ketiga.

Ketika wakil Daimler enggan mengulas lanjut, Rabu lalu majalah Jerman Manager Magazin melaporkan Daimler bakal mengurangkan jumlah tenaga pekerja sehingga 30,000 orang, atau 10 peratus daripada tenaga pekerja global.

 


Menurut ketua eksekutif Ola Kallenius, syarikat tersebut perlu mempertajamkan semula usaha mengurangkan perbelanjaan, selain menilai kembali jaringan pengilangan global bagi mengurangkan kapasiti berlebihan, menjual kilang di Perancis dan menghentikan perancangan untuk memperbesarkan fasiliti di Hungary.

Difahamkan, Daimler telah bersetuju untuk meningkatkan sasaran penjimatan kos kepada €2 billion (RM9.9 billion), dan sumber yang enggan dikenali mengesahkan perbincangan dengan wakil kesatuan pekerja masih lagi berjalan.

Sebelum ini, syarikat automotif Jerman itu mengumumkan pelan untuk mengurangkan kos operasi sebanyak €1.4 billion (RM6.93 billion), dan 10,000 tenaga pekerja bakal terjejas menjelang tahun 2022.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…