Daimler mula uji teksi S-Class pandu-sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
Daimler sudah memulakan ujian kenderaan autonomi atau pandu-sendiri di California, US.

Sebanyak 30 unit kenderaan Mercedes-Benz digunakan sebagai teksi autonomi di sana, dan kebanyakannya ialah dari model S-Class.

Walaupun kereta-kereta itu mampu memandu sendiri, seorang pemandu tetap diletakkan di belakang stereng sebagai langkah keselamatan.

Ia menggunakan teknologi seperti radar jarak jauh LiDAR dan juga pelbagai pengesan lain.

Sebelum ini, Daimler sudah mula menguji kenderaan autonomi Level 4 itu di Stuttgart, Jerman tetapi ujian di California ini adalah yang pertama kali di mana penumpangnya bukan dari kakitangan Daimler sendiri.

Daimler sebenarnya mahu mengkaji semula kos kajian untuk projek kenderaan autonomi kerana menurut CEO Ola Kallenius, Daimler mahu menggunakan teknologi autonomi ini untuk kenderaan perdagangan bagi perjalanan jarak jauh - contohnya lori treler yang dipandu sendiri untuk ke destinas-destinasi jauh melalui lebuhraya.

Ujian teksi di California pula lebih kepada untuk mengkaji permintaan dan reaksi pengguna awam bila menggunakan kenderaan autonomi.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan berkembang ke 1,000 km jalan awam menjelang beberapa tahun akan datang. Keputusan itu…
Hezeri Samsuri
Dengan ketiadaan pemandu, kos untuk perkhidmatan e-hailing akan turun dengan banyaknya dan syarikat…
Berita Global
Menariknya, tidak seperti trak autonomi yang kebanyakannya memiliki sistem pacuan berkuasa elektrik…