Daimler Motorized Vehicle 1899, nenek moyang kepada Mercedes-Benz Sprinter

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Tidak seperti di pasaran Malaysia, Mercedes-Benz Sprinter merupakan model van yang sangat popular terutama di Eropah yang digunakan untuk pelbagai sektor perkhidmatan, namun tahukah anda asal usul van tersebut?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daimler Motorized Vehicle 1899 boleh dikatakan sebagai nenek moyang kepada Sprinter masa kini, ianya diperkenalkan selepas Karl Benz menghasilkan Benz Patent-Motorwahen.

 

2

 

Walaupun tidak mempunyai sebarang perlindungan dan ciri keselamatan, namun ianya memperkenalkan pelbagai teknologi baharu pada zamannya.

Daimler Motorized Vehicle menggunakan radiator tiub, yang telah dicipta oleh Wilhelm Maybach. Komponen tersebut memberikan penyejukan enjin lebih baik dan memberikan peningkatan prestasi, yang membolehkan kenderaan  untuk mengangkut muatan orang dan kargo.

 

3

 

Daimler-Motoren-Gesellschaft (DMG) merupkan van pertama yang direka untuk menampung berat muatan sehingga 500 kg, ianya dikuasakan enjin 1.5 liter 2 silinder menghasilkan 5.6 HP.

Generasi seterusnya dinaik taraf dengan enjin 2 silinder menghasilkan 4 HP hingga 8 HP dan enjin 4 silinder menghasilkan 6 HP hingga 12 HP yang menampung berat muatan antara 800 kg hingga 3200 kg.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, baru-baru ini Geely dalam satu siaran media mengumumkan telah berjaya mencapai persetujuan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, NGO tersebut memberikan tempoh sehingga 20 September yang lalu…
Berita Global
Jika anda perasan, kedua-dua 'sedan' ini sudah tidak lagi mempunyai perkadaran sedan tradisional…