Daimler - Geely mungkin bina enjin hybrid di China untuk Volvo dan Mercedes-Benz

oleh HEZERI SAMSURI|
Daimler AG dan Geely Holding mengumumkan bahawa mereka sedang mengkaji kemungkinan China dijadikan hab untuk membina dan mengeksport tren kuasa hibrid untuk produk-produk Volvo dan Mercedes-Benz.

Tren kuasa hibrid itu bakal dibangunkan oleh kedua-dua syarikat tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Awal minggu ini Daimler mengumumkan ia akan bekerjasama dengan Geely untuk membina enjin-enjin baharu khusus untuk kenderaan hibridnya.

Enjin-enjin itu turut akan dibina di Eropah juga.

Kenyataan media oleh Daimler berkata pengeksportan enjin itu dari China masih menjadi salah satu pilihan syarikat.

Mercedes-Benz mahukan lebih dari separuh penjualan kenderaan penumpangnya adalah model-model plug-in hibrid atau EV menjelang 2030.


* Laporan lengkap dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…