Daimler, Geely bangunkan perkhidmatan ride-hailing di China

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan industri e-hailing semakin berkembang pesat terutama di China, Daimler kini membentuk satu kerjasama dengan Geely dalam membangunkan aplikasi e-hailing yang mampu menandingi pesaing utama, Didi Chuxing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di China, Didi Chuxing mendominasi aplikasi e-hailing dengan rekod pendaftaran pengguna seramai 217 juta orang dan kadar tempahan melebihi 90 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan e-hailing. 

Usahasama (joint venture) antara Daimler dan Geely (50:50) ini menyaksikan ia bakal memulakan operasi di HQ Hangzhou, China dengan menggunakan barisan kenderaan yang terdiri daripada Mercedes-Benz S-Class, E-Class dan V-Class. 
 


Menurut Daimler, menerusi perjanjian yang termeterai ini akan memberikan khidmat ride-hailing kepada beberapa bandar besar di China menggunakan kenderaan premium, akan tetapi tidak tertakluk kepada Mercedes-Benz semata-mata. 

Dari sudut pandangan Geely pula, kerjasama ini bukan sahaja menjadikan syarikat mereka berkembang melebihi kapasiti sebuah pengeluar kenderaan, malah Geely mensasarkan ia mampu menjadi sebuah kumpulan teknologi automotif bertaraf global.

Di China, Geely sendiri sudah mempunyai servis ride-hailing yang digelar CaoCao dengan bilangan pengguna berdaftar sebanyak 17 juta orang dan menyokong hampir 360,000 perjalanan untuk sehari. 

Manakala Daimler juga mengusahakan perkhidmatan perkongsian kereta tersendiri dan sehingga kini mempunyai lebih daripada 470,000 orang pelanggan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengerusinya, Ola Källenius berkata nama rasmi Mercedes Benz Group AG menandakan ia akan memberikan…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, ACCC menuduh kakitangan Mercedes-Benz di pusat khidmat pelanggannya…
Berita Global
Namun begitu, wakil kedua-dua syarikat automotif itu tidak mahu memberikan sebarang komen.…