Daimler diberi amaran denda US$4.4 billion kerana isu asap

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Jerman, Andreas Scheuer kelmarin telah memberi amaran kepada Daimler yang ia berhadapan dengan denda sebanyak US$4.4 billion jika skandal pelepasan asap diesel itu terbukti benar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan oleh majalah Spiegel berkata menteri itu menyuarakan kerisauan beliau kerana sejumlah 750,000 buah kenderaan Mercedes-Benz yang terbabit setelah satu perisian haram dijumpai di dalam model jenama tersebut.

 

 

Scheuer  (gambar atas) melahirkan kerisauan beliau kepada CEO Daimler, Dieter Zethsche kerana Daimler boleh dikenakan denda sebanyak Euro 5,000 (US$5,900) untuk sebuah kereta.

Bulan lalu Daimler diarah untuk membuat panggilan semula untuk semua van Vito dengan enjin 1.6L turbodiesel kerana ia dikatakan telah melanggar peraturan asap negara tersebut.

Majalah Spiegel seterusnya melaporkan bahawa ada cukup bukti untuk menunjukan model C-Class dengan enjin diesel turut terbabit di dalam masalah tersebut dan lagi 80,000 buah kenderaan mungkin akan dipanggil semula.

Daimler akan merayu dan sanggup untuk naik mahkamah untuk membuktikan perisian mereka tidak menipu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daimler Motorized Vehicle 1899 boleh dikatakan sebagai nenek moyang kepada Sprinter masa kini,…
Berita Global
Namun, baru-baru ini Geely dalam satu siaran media mengumumkan telah berjaya mencapai persetujuan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, NGO tersebut memberikan tempoh sehingga 20 September yang lalu…