Daimler beri amaran kerugian suku kedua - salahkan isu Takata antara lain

oleh HEZERI SAMSURI|
Jumaat lalu syarikat Daimler telah mengeluarkan notis untuk memberitahu para pelaburnya bahawa gergasi Jerman itu bakal melihat kerugian untuk suku kedua tahun ini kerana peningkatan kos yang berkaitan dengan isu panggil semula kerana beg udara Takata.

Daimler berkata kerugian suku kedua setinggi 1.6 billion Euro sebelum cukai dan faedah, selepas ia mengumumkan keuntungan sebanyak 2.6 billion Euro suku pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita itu diterima selepas Daimler menurunkan ramalan keuntungan syarikat untuk kali ketiga dalam masa 12 bulan.

Di bawah ialah antara punca-punca kerugian yang diramalkan itu.

  • Kos menyelenggara proses panggil semula beg udara Takata yang meningkat sehingga 1 billion Euro
  • Kerugian sebanyak 1.6 billion Euro selepas perubahan keputusan dari kerajaan dan mahkamah atas isu berkaitan kenderaan diesel Mercedes-Benz.
  • Kejatuhan jualan Mercedes-Benz sebanyak 7 peratus dalam suku pertama kerana batasan pembuatan model A-Class di kilang Aguascalientes di Mexico, penghasilan van Mercedes-Benz di kilang Charleston di US dan pembuatan Mercedes-Benz GLE di kilang Tuscaloosa, juga di US.

Daimler bukanlah satu-satunya syarikat Jerman yang sedang melihat penurunan dari segi keuntungan.

BMW sudahpun awal-awal lagi memberi amaran yang sama dalam bulan Mei lalu sementara Volkswagen berkata jualan kenderaan persendirian mereka hanya akan mula pulih seawal hujung tahun ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…