Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada pelan transformasi yang bernilai $ 1.75 billion bagi melengkapkan fasiliti pemasangan Mercedes untuk menghasilkan kenderaan emisi sifar dan autonomi pada masa hadapan.
Menurut Frank Deiss, ketua penghasilan sistem pacuan kuasa di Mercedes-Benz, usaha ini membolehkan kilang pemasangan tradisional Untertuerkhiem menjadi sebuah lokasi berteknologi tinggi bagi penghasilan komponen kereta elektrik.
Dengan pelan yang diumumkan, Mercedes-Benz bakal mempunyai lapan kilang penghasilan bateri termasuklah di Kamenz, Jerman dan bakal membuka penempatan baharu di Beijing, Bangkok serta di Tuscaloosa, Alabama.
Tambah Daimler, fasiliti di Sindelfingen yang kini sedang memasang model Mercedes-Benz S-Class itu bakal berubah menjadi pusat pemasangan serta pembinaan kenderaan autonomi dan elektrik tidak lama lagi.