Daihatsu Xenia 2022 - kembar Avanza dengan rekaan tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran Toyota Avanza dan versi mercu Veloz di Indonesia baru-baru ini, tiba giliran Daihatsu pula melancarkan model yang sama cuma dengan nama yang berbeza, iaitu Daihatsu Xenia 2022.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sama seperti Avanza, Daihatsu Xenia turut dibangunkan daripada pelantar DNGA (yang digunakan pada Rocky/Raize/Ativa), dan membawakan ciri moden seperti lampu utama, lampu DRL dan lampu belakang LED.
 

Xenia


Xenia membawakan penampilan yang tersendiri bagi membezakannya dengan Avanza, di mana ia membawakan rekaan jeriji yang lebih kecil, namun dengan bukaan bampar yang agak besar.

Rekaan ruang kabin juga membawakan persamaan dengan model Avanza (bukan Veloz) namun dengan aksen merah, butang pandu mula berwarna merah, serta rekaan roda stereng yang sama tanpa kehadiran butang fungsi di sebelah kanan.
 

Xenia


Turut dimuatkan adalah kehadiran corong pendingin hawa untuk penumpang belakang yang terletak di siling.

Dari segi keselamatan, Daihatsu Xenia dimuatkan dengan ciri bantuan keselamatan termaju (ASA) yang merangkumi amaran pra-pelanggaran, brek pra-pelanggaran, kawalan salah operasi pedal, amaran keluar lorong, pengelakan keluar lorong dan amaran pergerakan kenderaan hadapan, serta tidak ketinggalan ciri kamera 360 darjah.
 

Xenia


Seperti Avanza, Xenia 2022 ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menghasilkan 98 PS dan 122 Nm, atau enjin 1.5 liter (2NR-VE) dengan kuasa 106 PS dan 137 Nm.

Pilihan transmisi boleh didapati dalam kotak gear manual lima kelajuan, atau CVT yang menggantikan peranan transmisi automatik purba pada model terdahulu.
 

Xenia


Harga jualan bermula dari Rp 190,900,000 (RM55,738) sehingga Rp 244,200,000 (RM71,301).

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun hadir dengan sesaran enjin yang kecil, Honda CB150X dilihat membawakan penggayaan yang…
Berita Global
Ini merupakan kali pertama Honda Indonesia menerapkan varian RS pada penawaran SUV, di mana sebelum…