Daihatsu WakuWaku - pencabar Suzuki Jimny?

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Suzuki Jimny mungkin hampir tiada saingan, sebuah pakej kei-car yang serba boleh, praktikal, keupayaan off-road yang ringan dan rupa yang menarik perhatian.

Namun, Daihatsu ada cara tersendiri bagi 'mengacau' kembali dominasi yang dibawakan oleh Suzuki Jimny dengan membawakan model konsep Waku-Waku. 

 


Sukar juga untuk kami teka apakah segmen sebenar Waku-Waku kerana ia boleh bertindak sebagai sebuah crossover (dengan cladding plastik dan warna jingga yang sangat terang!), sebuah camper, atau sebuah panel van kerana pintu belakang langsung tidak mempunyai bukaan tingkap. 

Namun, apa yang pasti, Daihatsu Waku-Waku sememangnya sebuah kenderaan yang serba boleh, dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi dan menampilkan panel bumbung yang boleh dibuka, serta ruang dalaman yang luas untuk sebuah kei-car. 
 


Dari segi luaran, nampak seperti ia mengambil inspirasi daripada FJ Cruiser, namun Waku-Waku tetap hadir dengan elemen tersendiri yang mampu menarik perhatian pengunjung acara Tokyo Motor Show. 

Sebagai sebuah kenderaan yang direka untuk aktiviti lasak, bahagian dalaman tampil ringkas namun tetap hadir dengan elemen moden dan kontras warna jingga keemasan di sesetengah bahagian. 

 

 

Selain daripada Waku-Waku, terdapat tiga lagi model konsep yang dibawakan oleh Daihatsu seperti: 

 

TsumuTsumu


Sebuah trak kecil (juga di dalam kelas kei) dengan ruang kargo yang boleh digelongsor, disasarkan kepada pengusaha-pengusaha perniagaan kecil. 

Kehadiran unit dron di bahagian atas boleh dimaksimumkan penggunaannya oleh pekerja majlis perbandaran atau pasukan polis yang mahu memantau keadaan trafik semasa. 

Jika anda perhatikan, terdapat tetingkap kecil di bahagian bawah pintu memberikan ilusi ruang yang lebih besar kepada kabin.

 

 

WaiWai


Sebuah minivan yang hadir dengan tiga baris tempat duduk, dan mempunyai pintu gelongsor di bahagian belakang. 

Untuk memaksimumkan ruang, rekaan kerusi yang ditawarkan agak nipis (selesa ke?) dan kanak-kanak pasti gemarkan ciri dua bukaan bumbung solar di bahagian atas. 

Ruang dalaman pula menampilkan penggunaan warna cerah (yang bakal membimbangkan ibu bapa), dengan kehadiran sebuah skrin yang sangat panjang melintangi bahagian atas papan pemuka. 

 

 

IcoIco


Kei-car IcoIco didatangkan dengan fungsi pemanduan autonomous dan dikhaskan kepada pengguna-pengguna yang kurang upaya (OKU) di mana terdapat sebuah ramp khas yang boleh disesuaikan untuk kerusi roda. 

Dengan dimensi lebar hanya sekitar 1,475 mm, Daihatsu mendakwa IcoIco sangat ideal untuk digunakan di kawasan bandar, terutama di laluan yang sangat sempit dan kurang mesra OKU. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika dibandingkan dengan trak biasa, anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara di mana cermin…
Berita Global
Melihatkan kepada gambar di atas, ia adalah Yamaha E01 yang mempunyai spesifikasi menyamai skuter…
Berita Global
Salah sebuah daripadanya adalah Suzuki, dan mereka dikatakan bakal memperkenalkan dua buah model…