Daihatsu Taft Concept bakal hadir di Tokyo Auto Salon 2020

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan Daihatsu, pengeluar yang arif tentang kereta kelas kei (kei-car) tersebut pernah menghasilkan Daihatsu Taft sekitar tahun 1974-1984.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daihatsu Taft (Tough and Almighty Four Wheel Touring Vehicle) membawakan dimensi yang hampir serupa dengan Suzuki Jimny dan turut dijual dengan nama lain seperti Wildcat dan Scat di pasaran yang berbeza. 

Untuk tahun hadapan, Daihatsu Taft Concept bakal menjadi tumpuan dan ia sebenarnya merupakan versi yang bersedia untuk diproduksikan daripada model konsep WakuWaku yang diperlihatkan pada Tokyo Motor Show Oktober lalu.
 


Oleh kerana Daihatsu Taft kini merupakan sebuah model dengan pacuan roda hadapan, akronim asal telah diubah kepada Tall & Almighty Fun Tool. 

Sebagai pengeluar yang pakar di dalam kelas kei-car, Daihatsu bijak dalam menjadikan ruang dalaman nampak luas dan tinggi, disumbangkan dengan penggunaan bumbung suria kaca dan ruang kargo yang lebih rata dan mudah untuk digunakan. 

Berkemungkinan besar enjin bersesaran 658 cc akan menjadi pilihan utama bagi memenuhi undang-undang kelas kei-car. 

Selain daripada Taft Concept, terdapat beberapa buah model konsep yang bakal dibawakan termasuklah: 
 

Daihatsu Copen


Daihatsu Rocky


Daihatsu Tanto


Daihatsu Hijet

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada kehadiran N-One dalam tema retro, kali ini pihak Daihatsu cuba menawarkan sesuatu…