Daihatsu Sirion tak laku di Indonesia?

oleh Mohamad Hanif|
Umum telah mengetahui bahawa Daihatsu memasarkan hatchback segmen B daripada Perodua, iaitu Myvi generasi baharu sebagai Daihatsu Sirion di Indonesia bagi menghadapi saingan hebat daripada Suzuki Ignis dan Honda Brio.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika di Malaysia, kita lebih mengenali Perodua Myvi sebagai mobil sejuta umat yang paling laris umpama pisang goreng cheese diselaputi coklat di mana para pembeli perlu beratur untuk menerima unit mereka, di Indonesia pula lain ceritanya. 

Menurut laporan penjualan kenderaan yang diperoleh daripada Gaikindo, jualan Daihatsu Sirion baharu itu nampaknya tidak mencapai sasaran yang memuaskan berbanding model terdahulu, dengan pengurangan sebanyak 20 peratus.
 

kredit kepada Autonetmagz


Angka jualan yang dicatatkan daripada pengenalan model Sirion baharu pada Februari 2018 sehingga September 2019 sekadar mencatatkan 940 unit sahaja, berbanding 1,175 unit dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.

Lebih menyedihkan, angka jualan bagi bulan September 2018 sekadar mencatatkan jualan sebanyak 34 unit sahaja, berbanding jualan pada bulan-bulan terdahulu melebihi angka 70 unit. 
 


Atas kertas, Daihatsu Sirion mempunyai kelengkapan spesifikasi yang serba menarik seperti empat buah beg udara SRS, kawalan kestabilan kenderaan, kawalan cengkaman, stabilizer depan dan belakang, sistem kemasukan tanpa kunci serta bahagian luaran yang lebih moden dan menarik. 

Namun, model baharu ini masih gagal untuk menarik perhatian rata-rata warga Indonesia yang lebih gemar kepada pasaran LMPV, lihat sahajalah persaingan di antara Mitsubishi Xpander, Toyota Avanza, Daihatsu Xenia dan juga Suzuki Ertiga (sekadar menyebut model terlaris).

Adakah promosi daripada pihak Daihatsu tidak sampai ke sasaran pembeli di sana?

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Di negara jiran, Daihatsu Sirion bersaing dengan beberapa model seperti Suzuki Ignis dan Honda Brio…
Berita Global
Hatchback segmen A, Daihatsu Ayla ternyata banyak mengambil inspirasi daripada rekaan Ayla Turbo…
Berita Domestik
Dua varian Myvi generasi ketiga itu dijual di Singapura. Di bawah ialah senarai varian dan harga (…