Ia berikutan satu lagi isu pemalsuan data ujian keselamatan melibatkan pensijilan UN-R135, iaitu ujian impak tiang sisi pada model Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dan Toyota Raize Hybrid yang dijual di Jepun.

Sebelum ini siasatan dalaman melaporkan bahawa ujian bahagian penumpang dilakukan dengan betul, namun untuk ujian bahagian pemandu, Daihatsu telah menyerahkan data ujian bahagian penumpang dan bukannya data ujian sebenar pada bahagian pemandu.
Ia melibatkan 22,329 unit Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dan 56,111 unit Toyota Raize Hybrid yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 78,440 unit.

Walaubagaimanapun, ujian semula itu hanya dilakukan secara dalaman, dimana jualan bagi model Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dan Toyota Raize Hybrid masih ditangguhkan di Jepun.
Jualan Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dan Toyota Raize Hybrid akan disambung selepas ujian semula melibatkan pihak berkuasa pensijilan dilakukan.