Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dilancarkan - mampu capai 3.57 liter/100 km!

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu Motor Co. akhirnya secara rasmi melancarkan Daihatsu Rocky yang dilengkapi sistem hibrid yang dinamakan sebagai e-Smart Hybrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti sistem hibrid yang dibangunkan oleh syarikat induknya Toyota, sistem e-Smart Hybrid menggunakan sistem hibrid bersiri di mana enjin hanya digunakan untuk menjana kuasa yang diperlukan oleh motor elektrik.

Di dalam pakej Rocky e-Smart Hybrid, ia menggunakan enjin petrol tiga silinder sebaris 1.2 liter NA dengan kuasa setinggi 82 hp dan 105 Nm yang hanya digunakan untuk mengecas pek bateri - sistem yang lebih kurang sama seperti Nissan e-Power.
 

hibrid


Tenaga itu tadi akan disimpan di dalam pek bateri 4.3Ah yang terletak di bawah tempat duduk belakang, dan ia akan disalurkan kembali ke motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 106 hp dan 170 Nm.

Disebabkan Rocky e-Smart Hybrid hanya digerakkan menggunakan motor elektrik sahaja, ia mampu memberikan kuasa pecutan yang lebih mengujakan, pemanduan yang lebih senyap selain menawarkan ciri Smart Pedal yang membolehkan pemandu memecut atau membrek dengan menggunakan pedal tunggal.

Malah, sistem hibrid ini juga berjaya mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.57 liter untuk setiap 100 km.

Secara perbandingan, Perodua Ativa dengan enjin 1.0 liter turbo berupaya menjana 97 hp dan 140 Nm dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 5.29 liter untuk setiap 100 km.
 

WAVE


Selain daripada pengenalan sistem hibrid e-Smart itu tadi, Daihatsu juga turut menawarkan enjin 1.2 liter WA-VE yang menghasilkan 86 hp dan 113 Nm, selain enjin 1.0 liter turbo yang dikhaskan untuk model pacuan semua roda.

Model-model hibrid ini juga turut didatangkan dengan keupayaan untuk menyalurkan kuasa sehingga 1,500 W kepada isi rumah yang boleh digunakan ketika kecemasan, atau ketika dilanda bencana alam.

Daihatsu juga turut mengemaskini spesifikasi, di mana brek parkir elektrik kini didatangnkan dengan ciri brake hold secara automatik, sementara ruang kabin pula mendapat skrin paparan berbilang informasi TFT bersaiz tujuh inci berwarna penuh dengan paparan grafik khas untuk sistem hibrid itu tadi.
 

tft


Harga jualan bermula dari 1,667,000 yen (RM60,543) untuk varian Rocky dengan enjin WA-VE 1.2 liter NA, sementara Rocky e-Smart Hybrid dengan enjin WA-VEX 1.2 liter itu bermula dari 2,116,000 yen (RM76,850).

Bagi mereka yang masih lagi berminat dengan Rocky 1.0 liter turbo, harga jualan bermula dari 1,994,800 yen (RM72,448).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan satu lagi isu pemalsuan data ujian keselamatan melibatkan pensijilan UN-R135, iaitu…
Berita Global
Dimana kali ini ia melibatkan pensijilan UN-R135, iaitu ujian impak tiang sisi pada model Daihatsu…
Berita Domestik
Perodua menerusi presiden dan CEO-nya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika sesi reviu Myvi facelift…