Daihatsu Rocky bakal terima varian e-Smart Hybrid! Ativa bakal menyusul?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Perodua Ativa yang baharu sahaja dilancarkan pada tahun ini, kembar Daihatsu Rocky/Toyota Raize sudah pun lama berada di pasaran sejak tahun 2019 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, adalah tidak menghairankan apabila Daihatsu diberitakan akan mengemaskini penawaran crossover cilik itu dengan trenkuasa yang lebih mesra alam.

Menurut laporan terbaharu daripada Creative311, Daihatsu bakal melancarkan Rocky varian hibrid e-Smart, di mana tanda dagang sistem ini sebenarnya telah pun didaftarkan pada 25 September tahun lalu.

 


Tidak seperti sistem hibrid Toyota (Hybrid Synergy Drive), sistem e-Smart Hybrid ini sememangnya merupakan sistem original daripada Daihatsu.

Tiada sebarang butiran lanjut berhubung spesifikasi Rocky e-Smart Hybrid, namun berkemungkinan besar ia merupakan sistem hibrid konvensional di mana enjin asal 1.0 liter turbo itu bakal digandingkan dengan pek bateri dan motor elektrik dan bukannya sistem plug-in hybrid (PHEV).

Selain daripada perubahan trenkuasa, Rocky/Raize juga dikatakan bakal menerima kemaskini minor terhadap rekaan sedia ada.

Menurut laporan itu lagi, produksi Rocky e-Smart Hybrid ini bakal bermula seawal bulan Oktober ini sebelum pelancaran rasmi dibuat pada 1 November ini.

 

 

Namun, adakah Ativa bakal menerima kemaskini serupa?

Laporan terdahulu daripada rakan media Paultan ada menyebut Perodua turut berminat untuk memperkenalkan sistem hibrid untuk pasaran Malaysia, namun disebabkan Ativa masih lagi baharu dilancarkan, ia tidak tertakluk kepada pelaksanaan perubahan tersebut.

Sistem hibrid yang pertama bakal dilancarkan oleh Perodua adalah menerusi model baharu yang akan dilancarkan kelak, berkemungkinan besar menerusi model Perodua Alza generasi baharu.

Sumber: Creative311

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback…
Berita Global
Namun, sebelum pelancaran rasmi dibuat pada bulan November ini, maklumat berkenaan trenkuasa baharu…