Daihatsu pertimbang model pesaing kepada Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Apa yang dibawakan oleh Suzuki menerusi model Jimny generasi terkini sememangnya satu perkara yang menguntungkan kedua-dua belah pihak, baik Suzuki sendiri mahupun golongan sasarannya.

Mana lagi nak mencari sebuah pakej SUV off-road yang comel, moden dan masih lagi berkeupayaan off-road secara standard kilang.

Namun pada ketika dahulu, Suzuki Jimny mempunyai pesaing yang tersendiri daripada Daihatsu, iaitu SUV 4WD Daihatsu Rugger, atau dikenali dengan nama Daihatsu Taft atau Daihatsu Rocky di sesetengah pasaran.

 


Daihatsu Rugger diperkenalkan pada tahun 1984 sebagai pengganti kepada model SUV kompak Taft, namun dengan dimensi yang lebih besar daripada kelas kei pada ketika itu.

Ia dipadankan dengan enjin 2.8 liter diesel 79 PS dengan transmisi manual, sementara enjin diesel turbo pula menghasilkan 97 PS.

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, terdapat ura-ura Daihatsu sedang membangunkan model pesaing rapat kepada Suzuki Jimny, dan dikatakan masih lagi membawakan dimensi sebagai sebuah kereta kei dengan enjin 660 cc tiga silinder sebaris.

 


Namun tidak seperti Jimny yang ketika ini ditawarkan dengan tiga pintu, SUV ladder frame Daihatsu terbaharu ini bakal menawarkan versi empat pintu.

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Di dalam syarikat baharu itu, Suzuki dan Daihatsu masing-masing memegang sebanyak 10 peratus…
Berita Global
Selain daripada mengadaptasikan kaedah produksi berkos rendah yang dibangunkan di Jepun untuk…
Berita Global
Mengutip informasi daripada laman web automotif Jepun BestCarWeb.jp, mereka berjaya menemubual…