Daihatsu Jepun tangguh operasi kilang Oktober ini, masalah bekalan dari Malaysia, Vietnam

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu mengesahkan operasi di lima kilang pemasangan kenderaan di Jepun akan dihentikan sementara selama sembilan hari pada bulan Oktober ini.

Menurut Daihatsu, penangguhan sementara operasi tersebut adalah disebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan komponen automotif dari pembekal di Vietnam dan Malaysia yang terjejas akibat penyebaran wabak COVID-19 di Asia Tenggara.

Daihatsu menjangkakan penurunan angka produksi sebanyak 20,000 unit akibat penangguhan operasi yang bakal dilaksanakan kelak.

Antara kilang yang terjejas termasuklah kilang pemasangan Shiga yang bertanggungjawab memproduksikan Daihatsu Rocky, sementara kilang utama di Ikeda, Wilayah Osaka turut menghentikan hampir keseluruhan operasinya selama lima hari bermula 11 Oktober ini.

Daihatsu juga turut mengurangkan kadar operasi di empat kilang domestik antara lewat bulan Ogos hingga akhir September, di mana langkah ini diramal menurunkan angka produksi kenderaan Daihatsu sehingga 50,000 unit.

Sumber: Japan Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Konsep Elektrik Dengan Rekaan Serba Tajam Konsep ini pertama kali muncul melalui kempen teaser “…
Berita Global
  Pada asalnya, CJPT ditubuhkan oleh Isuzu Motors, Hino Motors dan Toyota Motor Corporation …
Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…