Daihatsu Hijet Quokka ini sebenarnya sebuah motorhome mikro!

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini kita telah pun melihat contoh-contoh motorhome yang besar dan mewah, kali ini Careta membawakan contoh 'motorhome' yang kecil namun masih lagi padat dengan kemudahan untuk aktiviti outdoor.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Daihatsu Hijet Quokka ini dibina oleh syarikat Jepun Mishima Daihatsu yang menampilkan bukaan pintu gelongsor di bahagian sisi, serta bahagian belakang yang boleh dibuka luas.

Ruang dalaman pula dihiasi dengan penggunaan kayu cedar Jepun Hinoki pada bahagian lantai, dinding dan juga siling.
 

hijet


Lebih menarik apabila binaan dalaman ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai ruang tidur, ia juga turut menampilkan meja dan kerusi yang boleh ditarik keluar, serta ruang simpanan barang tersembunyi.

Untuk kegunaan waktu malam, lantai yang rata itu boleh dijadikan sebagai alas tidur dengan dimensi 1,830 mm dan lebar 1,230 mm.

Secara standard, Quokka ini dilengkapi dengan bateri 100-amp untuk kegunaan pada seksyen belakang, lengkap dengan outlet DC dan juga USB.
 

Hijet


Mishima Daihatsu juga turut menawarkan pelbagai opsyen termasuklah ketuhar gelombang mikro, peti sejuk 16 liter, insulasi tambahan, bateri berkapasiti tinggi, panel solar dan bermacam-macam lagi.

Harga jualan Daihatsu Hijet Quokka ini bermula dari 2,579,500 yen (RM93,439) untuk versi pacuan dua roda dan transmisi manual lima kelajuan, sementara varian yang paling mahal bermula dari 2,898,500 yen (RM104,994).

Berita Berkenaan

Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…