Daihatsu Hijet Deckvan untuk dijual - harga dari RM72k di US

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, model cilik Daihatsu Hijet (sebelum ini pernah lahir sebagai Perodua Rusa) memiliki pelbagai jenis stail badan yang berbeza mengikut keperluan pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada yang dijual dalam versi van penumpang atau minivan, ada yang menggemarinya dalam bentuk trak (kabin dua pintu) untuk kegunaan kerja, namun Daihatsu Hijet juga sebenarnya boleh didapati dalam bentuk pikap kecil!

 


Berdasarkan carian ringkas, versi ini digelar sebagai Daihatsu Hijet Deckvan, dan ia menampilkan ruang bed kargo yang sangat-sangat-sangat kecil jika nak dibandingkan dengan pikap utiliti atau trak pikap sebenar.

Versi yang dipamerkan kali ini sebenarnya merupakan unit yang sedang mencari pemilik baharu di Amerika Syarikat, dan menurut spesifikasi, ia hadir dengan enjin 660 cc yang digandingkan dengan transmisi manual dan sistem pacuan semua roda.

 


Antara spesifikasi yang didatangkan pada model tahun 2013 ini adalah sistem stereng berkuasa, outlet kuasa 12V, dan tempat duduk baris kedua yang sangat nipis ketebalan kusyennya.

Namun, pemilik baharu bakal bakal menerima Hijet Deckvan yang dilengkapi dengan rim kustom, tayar all-terrain dan sistem suspensi yang ditinggikan.

 


Menurut keterangan daripada US Mini Truck Sales, Daihatsu Hijet Deckvan ini hanya boleh didaftarkan sebagai kenderaan off-road sahaja, bermakna ia tidak sesuai digunakan di atas jalan raya biasa.

p/s: Daihatsu Hijet Deckvan ini sebenarnya mengingatkan penulis kepada iklan Daihatsu Wake.

 

 

Sumber: US Mini Truck Sales