Kemaskini ini merangkumi penawaran ciri seperti kamera undur, tingkap berkuasa untuk pemandu dan penumpang serta penambahan slot pengecasan 12V-24V USB yang boleh dioptimasikan untuk pelbagai jenis peranti pintar.

Selain itu, pemandu juga boleh memanfaatkan sistem infotainmen baharu dengan skrin paparan bersaiz tujuh inci yang disokong oleh sistem operasi Android 10.0.
Selain daripada akses pelbagai jenis media seperti radio, MP3, serta port AUX dan USB, unit double-DIN ini boleh digunakan untuk memaut peranti pintar Android dan iOS menggunakan teknologi Phonelink.

Harga jualan untuk sebuah Daihatsu Gran Max 2022 bermula dari RM73,888.