Daihatsu Copen GR Sport - roadster kei-car talaan Toyota Gazoo Racing!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Gazoo Racing tidak mengehadkan skop talaan mereka kepada kereta sports daripada jenama Toyota sahaja, malah salah sebuah kei-car daripada Daihatsu dilihat memasuki senarai sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Daihatsu Copen Coupe yang dipamerkan pada acara Tokyo Auto Salon, Daihatsu turut membawakan Copen GR Sport yang lebih garang dan agresif. 

Walaupun masih di bawah status konsep, Toyota Gazoo Racing tidak pernah mengambil mudah untuk menala roadster bersesaran 660 cc ini. 

Dimulakan dengan bahagian utama, Toyota Gazoo Racing menambah baik kadar ketegaran badan roadster ini selain melakukan talaan terhadap casis. 

Memegang erat pemandu di bahagian kabin pula adalah tempat duduk daripada Recaro. 
 


Manakala pada bahagian luaran pula, TGR telah melengkapkan unit diffuser, gril Functional Matrix dengan rekaan sarang lebah dan lencana GR sebelum diakhiri dengan tayar BBS bersaiz 16 inci berwarna emas.

Daripada aspek mekanikal pula, enjin tiga silinder berkuasa turbo itu walaubagaimanapun tidak disentuh dan masih mengekalkan kuasa yang bersamaan dengan 64 ekor kuda. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Vision Copen ialah sebuah kereta sport kompak tanpa bumbung dengan enjin 1.3L yang mampu…
Berita Global
Selain daripada pelbagai pilihan varian yang anda boleh beli, Daihatsu Copen juga boleh dilengkapi…
Berita Global
Lihat sahaja hasil yang pernah diperlihatkan sebelum ini pada supercar-supercar Itali, tidak…