Daftar RFID, rebut peluang menang RM2,500 kredit eWallet TnG!

oleh Mohamad Hanif|
Touch 'n Go (TNG) ingin menggalakkan lagi penggunaan tag RFID di seluruh negara, di mana tag RFID akan mula dijual pada harga RM35 di semua pusat pemasangan di seluruh negara bermula 15 Februari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut TnG, sebelum ini projek perintis sudah pun merangkumi 22 buah lebuhraya di seluruh negara untuk tempoh 18 bulan. 

Sehubungan dengan itu, bermula 15 Februari sehingga 15 April 2020 ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi 'Ultimate RFID Toll Pass' bernilai RM2,500.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go, Syahrunizam Samsudin berkata, "lebih 1 juta tag RFID telah berjaya didaftarkan menerusi projek perintis selama 18 bulan. 

"Kami akan terus memperluaskan lagi penggunaan teknologi RFID pada masa akan datang, termasuklah untuk pengisian petrol, parkir serta jualan runcit pandu lalu. 

Pelancaran RFID adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan lorong aliran bebas (MLFF) untuk meningkatkan prestasi lebuh raya di Malaysia. 

 

 

Berikut merupakan senarai lebuhraya yang menyokong penggunaan tag RFID di seluruh negara:


Butterworth Outer Ring Road (BORR)
Jambatan Kedua Sdn Bhd
Penang Bridge Sdn Bhd

Butterworth Kulim Expressway (BKE)

Jitra

Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
Besraya Expressway (BESRAYA)
Duta - Ulu Kelang Expressway (DUKE)
Guthrie Corridor Expressway (GCE)
Cheras - Kajang Highway (GRANDSAGA)
Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
Shah Alam Expressway (KESAS)
Kuala Lumpur - Kuala Selangor Expressway (LATAR)
Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS)
Damansara - Puchong Expressway (LDP)
Kemuning - Shah Alam Highway (LKSA)
Kuala Lumpur - Karak Expressway (KLK)
Maju Expressway (MEX)
New Pantai Expressway (NPE)
Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

PLUS

- Toll Plaza Mambau
- Toll Plaza Lukut
- Toll Plaza Kempas
- Toll Plaza Lima Kedai
- Toll Plaza Perling
- Toll Plaza Tanjung Kupang
- Toll Plaza Bangunan Sultan Iskandar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, terdapat 88 buah stesen minyak Shell di seluruh negara yang menyokong cara…
Berita Domestik
Malah, pembayaran tol menggunakan RFID bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna kenderaan…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Amanz, pengguna perlu mengaktifkan terlebih dahulu fungsi pembayaran…