Dacia Sandero kereta paling laris di Eropah, kalahkan VW Golf!

oleh Mohamad Hanif|
"Good News!" - James May.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan wabak pandemik, golongan pengguna yang memiliki bajet yang terhad kini lebih gemar memilih kereta bandar yang lebih mampu milik, dan salah satu model yang popular masa kini di Eropah adalah Dacia Sandero.

Berdasarkan data jualan kenderaan baharu di Eropah pada bulan Julai 2021, Dacia Sandero kini menduduki tempat pertama sebagai kereta yang paling laris terjual mengalahkan Volkswagen Golf.

Secara keseluruhan, jualan kenderaan baharu di Eropah mencatatkan penurunan sebanyak 24 peratus selepas empat bulan, menunjukkan pengurangan minat dan keupayaan pengguna untuk membeli kenderaan baharu.
 

Sandero


Keadaan ini membolehkan Dacia Sandero - kereta yang mesra bajet dan poket muncul sebagai kereta yang paling laris terjual, terutama kepada pelanggan baharu dan mereka yang memiliki jumlah pendapatan yang rendah.

Sebagai informasi, Dacia Sandero dijual pada harga bermula dari £7,995 (RM46,166) manakala Volkswagen Golf pula memiliki tanda harga yang lebih mahal, £23,875 (RM137,864).

Namun begitu, Volkswagen masih lagi menguasai tiga daripada lima model kereta yang paling laris terjual di Eropah, manakala tempat ketiga pula disandang oleh Toyota Yaris.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari situ, Renault Group memiliki dua buah jenama mampu milik dengan masing-masing di pasaran…
Berita Global
Boleh dikatakan, hampir keseluruhan pasaran di Eropah turut mengalami penurunan jualan dua angka,…