Dacia Jogger 2021 dilancarkan - crossover tiga baris tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama automotif yang mampu milik, Dacia mahukan lebih ramai pengguna di Eropah menikmati sebuah model yang praktikal pada harga yang berpatutan menerusi pengenalan model Jogger 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dacia Jogger 2022 merupakan sebuah crossover dengan konfigurasi tujuh tempat duduk (atau lima tempat duduk) dan buat pertama kalinya boleh didapati dalam versi hibrid untuk model-model Dacia.
 

DC


Rupa paras hadapan Jogger 2022 ini mengingatkan kita kepada model Sandero, namun Jogger 2022 merupakan model Dacia yang paling panjang dimensinya - dengan ukuran 4,547 mm panjang.

Dalam konfigurasi lima tempat duduk, Jogger mampu menawarkan ruang sehingga 708 liter kargo, atau 1,819 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat, serta tambahan 24 liter ruang storan yang boleh didapati di sekitar kabin.
 

DC


Rekaan papan pemuka Jogger membawakan persamaan dengan mana-mana model moden Dacia, di mana versi paling premium didatangkan dengan skrin infotainmen ala-ala tablet bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara serta tiga tombol kawalan iklim di bahagian bawah.

Sementara versi asas pula hanya didatangkan dengan unit audio asas dengan ciri pemegang peranti pintar sebagai standard, di mana pengguna boleh menjadikan telefon sebagai unit GPS.
 

DC


Dari segi kuasa, Dacia Jogger 2022 boleh didapati dengan pilihan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 110 kuasa kuda dan 200 Nm, sistem pacuan roda depan dan transmisi manual sahaja.

Versi gas asli juga turut ditawarkan, dengan jarak perjalanan mampu mencapai 1,000 km untuk setangki gas asli 40 liter yang dibantu dengan tangki bahan api sebesar 50 liter.

Sementara versi hibrid yang bakal dilancarkan pada tahun 2023 pula menggandingkan enjin petrol 1.6 liter dengan dua motor elektrik, pek bateri berkapasiti 1.2 kWh, serta padanan transmisi automatik sahaja.

Harga jualan hanya akan diumumkan kelak.